Kebolehdiaman planet
Kebolehdiaman planet

Kebolehdiaman planet

Kebolehdiaman planet merupakan sukatan potensi sesebuah planet atau satelit semula jadi untuk memajukan dan memelihara persekitaran yang boleh didiami hidupan.[1] Kehidupan dapat dihasilkan secara langsung di suatu jasad (planet atau satelit) secara endogen (dalaman) atau dipindahkan ke dalamnya dari jasad lain, melalui proses andaian yang dikenali sebagai panspermia.[2] Persekitaran berkenaan tidak semestinya mengandungi hidupan sedia untuk dianggap boleh didiami, dan tidak semestinya juga zon boleh didiami sahaja kawasan yang memupuk hidupan.[3]Oleh sebab kewujudan kehidupan di luar Bumi tidak diketahui, maka idea kebolehdiaman planet secara dasarnya merupakan ekstrapolasi, iaitu penggunaan ilmu tentang keadaan di Bumi serta ciri-ciri Matahari dan Sistem Suria untuk menentukan tempat-tempat lain di serata jagat yang dianggap sesuai untuk membolehkan kehidupan. Yang diberi penekanan khusus ialah faktor-faktor yang mengekalkan organisma multisel yang kompleks di Bumi dan bukan hanya makhluk unisel yang lebih sederhana. Usaha-usaha penyelidikan dan teori-teori dalam perkara ini adalah komponen dalam sejumlah cabang sains semula jadi seperti astronomi, planetologi dan astrobiologi.Sumber tenaga adalah keperluan mutlak untuk hidup, malah konsep kebolehdiaman planet membayangkan bahawa terdapat banyak kriteria lain dari segi geofizik, geokimia, dan astrofizik yang mesti dipenuhi sebelum badan astronomi dapat menyokong kehidupan. Dalam peta jalan astrobiologi, NASA telah menetapkan adanya "kawasan air cecair yang meluas,[1] keadaan yang sesuai untuk mendirikan molekul organik yang kompleks, dan sumber-sumber tenaga untuk menampung metabolisme" sebagai kriteria kebolehdiaman utama.[4] Pada bulan Ogos 2018, para penyelidik melaporkan bahawa dunia berair dapat menyokong kehidupan.[5][6]Petunjuk kebiasaan dan biosignature mesti ditafsirkan dalam konteks planet dan persekitaran. [2] Dalam menentukan potensi kebolehdiaman sesebuah jasad, usaha kajian bertumpukan komposisi keseluruhan jasad, sifat orbit, atmosfera, dan interaksi kimia yang mungkin berlaku. Ciri-ciri bintang yang penting termasuk jisim dan kekilauan, keberubahan yang stabil, dan kelogaman yang tinggi. Planet-planet dan bulan-bulan terestrial (bumian) yang berbatu dan basah yang berpotensi untuk kimia seperti Bumi adalah fokus utama penyelidikan astrobiologi, walaupun teori kebiasaan yang lebih spekulatif kadang-kadang mengkaji biokimia alternatif dan jenis-jenis jasad astronomi yang lain.Idea bahawa planet di luar Bumi mungkin menjadi tuan rumah sudah ada sejak zaman purba, walaupun dari sudut sejarah ia dibentuk oleh falsafah sama banyaknya seperti sains fizikal. Penghujung abad ke-20 menyaksikan dua penemuan ulung di lapangan ini. Pemerhatian dan penerokaan kapal angkasa robotik ke atas planet dan bulan lain dalam Sistem Suria telah menghasilkan maklumat berharga untuk menentukan kriteria kebolehdiaman serta membolehkan perbandingan geofizik yang menyeluruh antara Bumi dan jasad-jasad lain. Penemuan planet luar suria, bermula pada awal tahun 1990-an[7][8] dan semenjak itu makin lama makin rancak, menghasilkan maklumat lebih lanjut untuk mengkaji kemungkinan kehidupan di luar bumi. Penemuan ini mengesahkan bahawa Matahari bukan satu-satunya bintang yang merumahkan planet di samping memperluas bidang penyelidikan kebolehdiaman di luar Sistem Suria.

Rujukan

WikiPedia: Kebolehdiaman planet http://cds.cern.ch/record/895337 http://blogs.discovermagazine.com/80beats/2011/03/... http://apnews.excite.com/article/20110219/D9LG45NO... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.latimes.com/science/la-sci-earth-like-p... http://www.redorbit.com/news/space/1112902301/cool... http://www.solstation.com/stars2/18sco.htm http://www.space.com/17684-alien-planet-gliese-163... http://www.space.com/30335-giant-galaxies-habitabl... http://www.space.com/scienceastronomy/astrobio_cav...